Bantuan Kewangan RM350 Untuk Seluruh Isi Keluarga Di Malaysia – Mohon Sekarang!

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Khusus untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan, mereka akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM350.

Selain bantuan seperti untuk Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas (KAMI), Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dan pelbagai lagi yang disediakan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan satu lagi bantuan yang boleh dipohon iaitu Bantuan Am Persekutuan (BA).

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Bantuan Am Persekutuan disediakan untuk menampung perbelanjaan harian pelanggan atau keluarga dengan memberikan bantuan kewangan RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sebuah keluarga.

KADAR BANTUAN

Bagi kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan ini, penerima akan mendapat sebanyak :

RM100 sehingga RM350 (Maksimum)

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, antaranya ialah:

- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan ini :

Sila ke web rasmi JKM iaitu : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik ‘Daftar Permohonan Atas Talian’
- Daftar permohonan mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang berkaitan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Daerah / Jajahan / Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (diuji cara) bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan. Perkara ini adalah mengikut prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

DOKUMEN SOKONGAN

Bagi memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lancar, beberapa dokumen sokongan diperlukan yang anda perlu sediakan :

- Salinan MyKad Pemohon
- Salinan MyKad ahli keluarga ni yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak  bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Borang Berkaitan

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Bagi anda yang telah membuat atau menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah disediakan bagi memudahkan pemohon. Berikut adalah cara dan langkah untuk menyemak status permohonan secara online:

Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
- Sila Klik “Semak Status Permohonan Talian”
- Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

Telefon : 03 8000 8000
Faks : 03 8323 2045
Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.