Bantuan e-Wallet RM200 Untuk Rakyat Malaysia | Jom Semak Status Anda

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri mahupun Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan

Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Bajet 2023 yang mana kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan e-Tunai e-Pemula yang dilaksanakan sebelum ini.

Apa itu e-Start?

e-Pemula (e-Start ) adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan. Melalui program ini, sebanyak RM200 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Kadar Bantuan e-Wallet Dinaikkan Kepada RM200

Bukan itu sahaja, e-Pemula akan ditambahbaik dengan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia, selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:

- Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18-20 tahun. 
- Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). 
- Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). 

Cara Menebus Bantuan e-Wallet RM200

Penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Kerajaan juga turut meneruskan Pakej Remaja Keluarga Malaysia untuk membantu belia mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh tiga bulan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan e-Wallet ini, sila layari pautan https://budget.mof.gov.my/