Baiki Sendiri Cermin Kereta Yang Retak,Crack' Panjang Pun Boleh

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Sedang pandu kereta, tiba-tiba cermin kereta terkena batu yang melantun. Nampak kesan retakan atau crack. Mula-mula kecil tapi kemudian melarat jadi panjang.

Kalau macam ni sah cermin kena tukar. Kalau ada mengambil perlindungan insurans untuk cermin kerta mungkin tiada masalah, tapi jika tiada akan merumitkan.

Satu alternatif untuk untuk atasi masalah ini adalah dengan DIY saja. Ya kita boleh baiki sendiri cermin kereta yang retak ini

Caranya dengan menggunakan pek wind screen repair kit yang ada dijual. Dikongsi oleh abamrongg-oe yang menggunakan Dr Crack, wind screen repair kit, ini cara yang boleh digunakan untuk baiki sendiri cermin kereta yang retak. Termasuklah retak yang panjang.

1. Kenal pasti jenis crack, tujuan untuk kenal pasti crack dari dalam dari dalam atau luar.

2. Ambil resin dan titis pada cotton swab.

3. Ratakan pada tempat crack, ikut saja garisan retak. Ulang langkah 2 dan 3 ini sampai ke hujung crack.

Semasa meratakan resin pada retak kita juga dah nampak perbezaannya.

Kemudian letak lagi resin dan tampal curing tab sepanjang retakan.

Dah siap jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.

4. Cabut curing tab.

5. Kemudian kikis kesan resin menggunakan razor blade.L ap sampai bersih dan anda dapati kesan retakan akan hilang.


Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!