Fasa latihan industri akan menjadi kenangan buruk jika berjumpa bos yang tidak berhati perut. Rasa tertekan juga jika rakan sepejabat sejenis yang 'toxic'. Namun bagi Siti Norhaslinda yang merupakan bekas pelajar dari jurusan Diploma Perbankan Islam, siapa sangka pengalaman latihan industrinya malah diakhiri dengan cerita terindah.
Dulu disuruh buat macam-macam…Kejap nak barang dekat stor…Kejap nak photostat
Mengimbau semula kenangan pada tahun 2017 lalu, dia telah menjalani latihan industri di Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSP) selama 4 bulan. Sepanjang masa itu, dia ditugaskan untuk bekerja di bawah seorang bos yang awalnya dilihat suka mengacau. Hal ini kerana, Linda sering disuruh untuk melakukan pelbagai kerja.
Dijadikan cerita melalui WhatsApp, lelaki tersebut merangkap bosnya mengajak Linda beralih kepada fasa lebih serius. Seperti tidak percaya akan disukai oleh seorang bos sendiri, tetapi Linda tenang dalam menerima proses untuk kenal lebih rapat. Setelah tamat latihan industri, hal tersebut mengejutkan rakan pejabat apabila mengetahui tentang hubungan istimewa ini. '24 November 2018' menjadi tarikh keramat kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri.
Adoiiii rasa macam baca novel…Awak pun cantik, sebab tu bos berkenan…Dari intern office terus permanent dekat rumah
Tak jauh seperti kisah novel romantis, ramai netizen terhibur dengan cerita hidup Puan Linda. Selain itu, mereka memuji rupa paras pasangan itu yang sama cantik sama padan.
Sumber: Erin Sakura
Terima kasih