Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Wang KWSP Tuntutan Kali Terakhir Pengeluaran – Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang menolaknya. Namun begitu, ia terpulang kepada individu masing-masing.
Tuntutan Pengeluaran Wang KWSP. Masih ada yang di antara kita mengharapkan Pengeluaran Khas KWSP untuk dilakukan sekali lagi. hal ini kerana dengan keadaan kenaikan harga barang yang berlaku.
Adakah Kerajaan Akan Meluluskan Wang KWSP Tuntutan Kali Terakhir Pengeluaran 2.0?
Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah pada isnin (8 Ogos 2022) menyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan Pengluaran KWSP 2.0
Beliau berkata, semua input-input berkaitan bagaimana untuk kerjaan perhebat dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji rapi dan sudah pasti KWSP 2.0 juga adalah antara salah satu perkara yang sedang kerjaan pertimbangkan pada masa sekarang.
“Hal ini kerana, banyak lagi strategi yang kerajaan akan gunakan untuk pasukan KWSP menjadi insurans kepada mereka yang berkerja”
Dan paling penting katanya, kerajaan sekarang sedang teliti menangani bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji minimum diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga mahu bantu bukan saja sektor formal atau tidak formal supaya kadar kesedaran perancangan pasaran dan celik kewangan rakyat Malaysia dapat kerajaan optimumkan sebaiknya.
Petisyen Tuntutan Pengeluaran Khas Wang KWSP 2.0
Wang KWSP Tuntutan Kali Terakhir Pengeluaran
Sebuah petisyen telah untuk dibuat untuk menyokong Pengeluaran Khas 2.0.
Setakat 27 September 2022, sekitar 119,340 orang telah menandatangani petisyen berikut. Kempen ini dilancarkan secara organik oleh rakyat tanpa pengelibatan mana-mana parti politik.
Melihat daripada situasi ini, jelas sekali golongan ini sangat memerlukan langkah tersebut untuk melangsungkan kehidupan harian mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.
Cara Semak Baki Akaun 1 KWSP
Berikut adalah merupakan cara untuk anda melakukan semakan baki akaun 1 KWSP milik anda:
1. Sila Log Masuk ke i-Akaun di laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda.
3. Untuk membuat semakan baki Akaun-1 KWSP, sila terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’
4. Baki simpanan Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan dipaparkan.
5. Anda boleh cetak sekiranya dirasakan perlu.
Terima kasih