Tak ramai member India, remaja ajak rakan2 Melayu sambut Deepavali di rumah


Sambutan Deepavali yang dirayakan kelmarin sememangnya diraikan dengan penuh meriah oleh masyarakat beragama Hindu.

Kebanyakan mereka adalah dalam kalangan kaum India yang sememangnya akan menyambut perayaan tersebut dengan semangat keluarga Malaysia.

Ajak kawan2 Melayu sambut Deepavali

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @hareeshravi_ apabila memuat naik video menjemput rakan-rakan berbangsa Melayu untuk sama-sama menikmati juadah Deepavali di kediamannya.

Menurut remaja terbabit, dia tidak mempunyai ramai rakan berbangsa India, jadi teman-teman berbangsa Melayulah yang mengunjungi rumahnya untuk menikmati juadah yang telah disediakan.
@hareeshravi_

SAMBUT HARI DEEPAVALI ❌ SAMBUT HARI DEEPAVALI X HARI RAYA ✅

♬ original sound - RH

Siap pakai baju raya lagi

Ibunya juga terlihat begitu ramah melayan rakan-rakannya yang bertandang di rumah dengan masing-masing memakai baju kurung.

Masakan India memang sedap, lagi2 masak di rumah

Perkongsian yang dibuat telah mendapat respon positif daripada warganet yang kebanyakannya berasa gembira melihat lingkungan pertemanannya.

Mereka juga memuji juadah ketika Deepavali memang sedap lebih-lebih lagi dimasak terus oleh orang-orang India.

Sumber: TikTok @hareeshravi_