Semakan i-Akaun KWSP & Cara Mohon Pengeluaran KWSP

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Semakan i-Akaun KWSP membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2.

Sebagai pencarum KWSP, anda pastinya mengetahui sistem i-Akaun KWSP yang digunakan secara meluas untuk pekerja mahupun majikan.

Bagaimana untuk menyemak penyata KWSP secara online?

Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.

Terbaru, pengeluaran akaun 2 sebanyak RM500 sebulan boleh dipohon bermula 1 April melalui i-Lestari KWSP.

Semakan i-Akaun KWSP Online

Anda boleh log masuk ke sistem i-Akaun untuk menyemak penyata i-Akaun KWSP anda secara dalam talian selepas akaun kwsp anda diaktifkan.

Untuk menyemak penyata KWSP, sila log masuk semula ke sistem i-Akaun dan klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya”.

Masukkan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima. Klik Log Masuk.

Layari laman web KWSP dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun anda dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.

Kemudian jangan lupa untuk memilih Frasa Rahsia, Selepas berjaya log masuk, sila buat kata laluan dan pilih imej dalam talian.

Penyata i-akaun KWSP semasa anda akan dipaparkan seperti berikut.

Semakan Dividen KWSP

Anda juga boleh melakukan kadar semakan i-Akaun KWSP dividen hanya dengan 3 langkah mudah melalui aplikasi i-AKaun.

Tak perlu berbaris di kiosk atau di kaunter dah.

Pengkreditan dividen i-Akaun KWSP telah pun diumumkan sebanyak 5.45% (konvensional) dan 5% (shariah) bagi tahun 2019 & telah pun selesai dilakukan.

Cara Mohon Pengeluaran KWSP

Terdapat 17 jenis pengeluaran akaun KWSP yang perlu anda tahu. Antaranya.

Pengeluaran dari Akaun 2 ketika umur 50.
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak.

Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan.

Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah.

Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah.

Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman.

Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan.

Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA.

Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan DAN/ATAU peralatan perubatan.

Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji.

Pengeluaran simpanan yang berlebihan RM1 juta.

Untuk membuat pengeluaran KWSP pada tahun 2020, caranya mudah sahaja.

Klik pada button Pengeluaran dan isi segala maklumat yang diminta.

Anda akan dihubugi pegawai KWSP untuk pengesahan pengeluaran.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!