Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT RISDA) 2022
Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2022 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022 (BMT RISDA 2022) sebanyak RM600 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM191 juta kepada para pekebun kecil di seluruh negara yang terjejas pendapatannta ketika musim tengkujuh.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kadar bantuan sebanyak RM600 seorang akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah dalam 2 peringkat iaitu RM300 pada bulan November 2022 dan RM300 pada bulan Disember 2022.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022 (BMT 2022) untuk dijadikan panduan kepada penerima dan pemohon yang terlibat.
Apakah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA?
Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.
Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.
Semakan Jumlah Bantuan BMT RISDA 2022
Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM600 setiap seorang.
Syarat Kelayakan
1) SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
2) SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2022
Pengusaha kebun yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara ats talian di pautan https://pekebunkecilmakmur.com.my/ mengikut kategori berikut:
i) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:
Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
Geran asal tanah dan salinan.
Salinan buku akaun bank yang aktif.
ii) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
- Salinan geran lot yang ditoreh.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
Sila rujuk garispanduan melalui lampiran di bawah:
Sekiranya Tuan / Puan mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4251 0171 atau terus laman web http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan.
Semakan Tempoh Rayuan BMT RISDA
Bagi permohonan yang ditolak, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 16 September 2022 sehingga 31 Oktober 2022.
Kemaskini Maklumat BMT 2022
Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang telah berdaftar, sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan.
Semakan Kelulusan BMT RISDA 2022
Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Jika anda mengalami masalah untuk membuat semakan status atau bayaran, sila hubungi pejabat RISDA.
Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial seperti dalam tangkap layar di bawah.
Tarikh Bayaran BMT 2022
Bayaran bantuan RM600 akan dibuat dalam 2 fasa, iaitu sebanyak RM300 pada November 2022 dan baki RM300 lagi pada Disember 2022.
Kaedah Pembayaran
Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, anda boleh hubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 atau 03-42512023.
Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA
Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).
Bagi penoreh bukan pemilk yang tiada dalan senarai di atas, pengisian borang BMT dikira anda berdaftar dengan RISDA.
Bagi pekebun kecil pemilik dan juga penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan agensi berikut, pengisian borang BMT berserta dengan surat pengesahan dari agensi berikut dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
Agensi-agensi:
- Lembaga Getah Malaysia (LGM)
- Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
- Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- Lain-lain sumber agensi
Maksud Penoreh Bukan Pemilik
Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut.
Maksud Pekebun Kecil Pemilik
Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.
Terima kasih