Sebab Terlambat Seminit, Ayah Berusaha Pecut Kejar Bas Anak Ingin Balik Universiti

0
Bagi mereka yang sering menggunakan perkhidmatan bas awam ataupun ekspress, sudah tentu pernah mengalami pengalaman nyaris ditinggalkan bas kerana lewat sampai ke lokasi yang telah ditetapkan. Selalunya, jika situasi tersebut berlaku, jalan penyelesaian yang diambil adalah dengan membeli tiket baru dan menunda waktu perjalanan atau tarikh perjalanan. Namun, lain pula kisah seorang pelajar perempuan Pusat Asasi UIAM Gambang, Pahang. 

Terlambat seminit, bas dah jalan dari TBS... Papa kejar sampai ke highway Karak, demimu anak 
Oleh kerana cuti semalam, Puan Nerfetiti Ahmad Nordin dan suaminya mengambil peluang untuk membawa seisi keluarga 'berkerja sambil berjalan-jalan' di kawasan Bangi lama. Namun, tanpa disangka perancangan untuk menghantar anak perempuan mereka menaiki bas dari TBS ke Pahang akhirnya terlepas, kerana terlewat seminit dari waktu berlepas. Oleh kerana itu, Anuar Ibrahim Arope nekad mengejar bas tersebut sehingga ke lebuh raya Karak. 
@kaktaty Kes tertinggal bas..! #demimuanak ♬ DJ What You Come X Teki Gan Pargoy Santuy - Kelud Music

Kejar bas macam Fast & Furious, mujur anak dapat naik sebelum Genting Sempah... Nasib baik tak terlepas exit, Kalau sampai ke Gambang kita

Di sebalik kekalutan yang berlaku, anak gadis kepada pasangan ini bernasib baik apabila dapat menaiki bas ditepi Lebuh Raya sebelum hentian R&R Genting Sempah. Setelah semuanya selesai, keluarga ini singgah ke Janda Baik untuk menghilangkan penat semasa aksi kejar mengejar yang berlaku sebelum ini. 

Nasib baik driver bas pun sanggup berhenti... Nanti dah besar, mesti rindu kenangan dengan papa macam ni 

Selain si bapa, ramai netizen yang memuji keprihatinan pemandu bas kerana sudi berhenti di tepi lebuh raya itu semata-mata untuk membolehkan anak pasangan tersebut balik ke kampus. Secara keseluruhannya, klip video yang berdurasi 19 saat itu menjadi viral di applikasi TikTok dengan mengumpul 700 ribu views setakat ini. 



Sumber: Erin Sakura

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!