Sangat Disayangi Suami & Dapat Macam-Macam, Wanita Disihir Biras Selama Setahun

Di ketika ini, perbuatan sihir dengan menyekutukan Allah, terdapat masih ramai di kalangan manusia yang melakukannya dek hati yang hitam. Yang menyedihkan, individu sesama keluarga turut terpedaya dengan hasutan syaitan sehingga sanggup merosakkan hidup saudara lain demi kepuasan diri sendiri.
Aku tak suka tengok kau baik dengan Mama

Bukan hanya pertama kali berlaku, seorang wanita ini datang untuk mendapatkan bantuan perubatan Islam juga mengetahui dirinya telah dihantar santau oleh biras sendiri kerana dirinya terlalu baik. Menurut video yang dikongsi ini, jelas terlihat makhluk yang mengawal tubuhnya mula ketawa sebelum menangis setelah mendengar ayat suci Al-Quran.

@ekkanabila_bella Disihir sebab terlampau baik #eddykayusof ♬ original sound - EKKA | PAKAR TURUN BERAT BADAN

Suami dia baik beri macam-macam…Dia pindah rumah cantik

Lantas beralih kepada proses seterusnya, pengamal perubatan tersebut mula mempersoalkan satu persatu tujuan dan motif di sebalik kejadian santau ini. Dan rupanya biras kepada wanita ini cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Kemungkinan tidak memiliki kehidupan yang seindah mana dan tak merasai layanan baik daripada suami sendiri, si biras mulai menyimpan rasa benci yang begitu mendalam.

Lebih baik kau buka apa yang kau dah ikat, kunci & tanam dalam badan dia

Hampir setahun perbuatan terkutuk itu dihantar terut terkena kepada anak buah yang tidak bersalah, niat si pelaku tidak lain dan tidak bukan ingin membuat iparnya ‘lenyap’ selamanya dari dunia ini. Juster yang baiknya, sihir itu sukar dihantar kerana dikatakan wanita tersebut rajin melaksanakan solat dan membaca Al-Quran.


@ekkanabila_bella Replying to @scorpio baby ♬ original sound - EKKA | PAKAR TURUN BERAT BADAN


Sumber: Kisah Dunia