Photoshoot Bersama Keluarga, Intan Saleh Syukur Suami Boleh Terima Diri Seadanya

0
Sebelum ini, Intan Saleh pernah berdepan dengan sejarah hitam dalam hidupnya ketika perkahwinan terdahulu tidak bertahan lama. Selepas 3 tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya dia telah berjumpa dengan pelengkap hidup baru dan kini bahagia dalam membina rumah rumah tangga bersama pasangannya. Menurut perkhabaran bulan lalu, usahawan tersebut telah selamat melahirkan anak ketiganya.
Cantik dan segak je pakai baju putih

Setelah melalui tempoh berpantang, Intan telah sempat melakukan 'photoshoot' sekeluarga di kediamannya. Masing-masing kelihatan segak dan anggun mengenakan busana serba putih mengikut tema yang dipilih. Justeru, wanita tersebut telah berkongsi proses sepanjang pemotretan dijalankan di akaun TikTok miliknya.
Dia bukan sesiapa tapi aku terima dia seadanya…Seorang yang sangat membantu tanpa disuruh

Meninjau ke ruangan kapsyen, Intan sempat meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sanggup menerima dirinya dan anak-anak seadanya. Dia menyifatkan lelaki tersebut seorang yang ringan tulang dalam membantu uruskan hal rumah tangga serta menjaga cahaya mata mereka. Rupanya kehadiran Mohd Aizam Yahya dalam hidup wanita itu bagaikan membawa sinar kebahagiaan yang baru.

@intanroxssaleh Dia bukan sesiapa..aku terima seadanya macam mane dia terima aku dan anak2 seadanya..seorg yg sangat membantu..tanpa disuruh…dia ckp dia tak bnyak duit tp dgn cara ni harap aku happy… doakan kami bersama sampai bila2.. 🤲🏻 Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik - Reza Zulfikar

Betul tu…Tak kaya dengan duit tapi rajin dan bertanggungjawab tu yang terbaik

Menelusuri kisah tabah usahawan ini sejak dahulu, rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan melihat kehidupan wanita itu ketika ini. Tak ketinggalan, masing-masing sempat menitipkan doa agar hubungan pasangan tersebut kekal hingga akhir hanyat mereka. Secara keseluruhan, klip video berkenaan meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan. 



Sumber: Erin Sakura

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!