Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan sebuah Perutusan Khas pada petang ini, 10 Oktober 2022 pada jam 3.00 petang.
Perkara itu dimaklumkan oleh beliau sendiri melalui media sosial Facebook dan Twitter.
Buletin TV3 sebentar tadi melaporkan bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini, kemungkinan berkaitan pembubaran Parlimen.
Beliau juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.
Mengikut jadual hari ini, Ismail Sabri akan menghadiri Perhimpunan Agung MIC Di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada jam 2.30 petang.
Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Ahad untuk memohon pembubaran Parlimen sejurus sebelum baginda berangkat ke London, pada malam Ahad.
Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri ini secara langsung melalui media utama :
Terima kasih