Pengantin Gelabah Kena ‘Test’ Dengan Kadi, Terus Peluk Ibu Untuk Tenangkan Hati

0
Setibanya hari pernikahan, setiap pasangan pengantin semestinya akan berasa nervous terutamanya pihak lelaki. Mana tidaknya, mempelai lelaki lah yang bakal berdepan dengan Tok Kadi dan juga wali sewaktu sesi lafaz akad nikah. Kerisauan akan tersilap tutur kata, malu pula yang dapat sambil diperhatikan ahli keluarga lain.
Bila Tok Kadi suruh practice lafaz akad…terus tak tenang pengantin lelaki

Baru-baru ini, pengguna akaun TikTok @rianyana telah memuat naik satu video yang menunjukkan suasana pernikahan adik perempuannya. Diawalnya, jurunikah meminta pengantin lelaki untuk berlatih lafaz akad agar tidak tersasul nanti. Namun disebabkan rasa berdebar, dia kelihatan resah dan matanya seakan-akan tengah mencari seseorang.
Hati mulai tenang lepas dakap ibu…dapat adik ipar penyayang pun rezeki untuk kami
Turut diperhatikan bakal isteri, pengantin lelaki itu lantas bangun dan mendakap tubuh ibunya. Menurut mereka, dia bertindak sedemikian untuk tenangkan hati sekali gus terus mengalirkan air mata ketika itu. Dalam pada itu, @rianyana turut luahkan rasa syukur dapat adik ipar bersikap penyayang.

@rianyana2 dapat adik ipar yg penyayang rezeki tuk kami.. #fyp ♬ suara asli - rianyana2

Syurga dia mampu dijaga, Insya-Allah hati isteri pasti boleh dijaga

Meninjau ke ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan tahniah buat pasangan mempelai tersebut. Tak ketinggalan, mereka turut sebak dan memuji kesopanan pengantin lelaki tersebut kerana sikapnya yang memuliakan ibunya. Lalu, klip video tersebut telah berjaya memperoleh lebih 200 ribu jumlah tontonan setakat ini.



Sumber : Erin Sakura

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!