Pendapatan bawah RM5,000 sebulan: Jangan lepaskan peluang mohon Bantuan Bil Air Percuma

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang memberikan 20 meter padu air percuma kepada setiap mereka yang layak dan diluluskan permohonannya.

Berikut adalah maklumat lanjut bekenaan SADE ini:

Syarat-syarat Kelayakan

- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
- Premis kediaman meter individu;
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

Syarat kelayakan pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah ini dikuatkuasakan bermula pada 1 Oktober 2022.

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat SADE, permohonnya boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Selain itu, permohonan juga boleh dikemukakan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan SADE yang boleh di muat turun di Portal Rasmi Air Selangor atau di Kaunter Perkhidmatan pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke e-mel: iprair@airselangor.com atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Maklumat lebih teliti berkenaan SADE di Portal Rasmi Air Selangor – DI SINI.