Pasangan Tua Rujuk Semula Selepas 16 Tahun Berpisah, Masing-Masing Pernah Khawin Lain

0

Di awal 5 tahun pernikahan, ramai yang mengakui bahawa ia adalah satu fasa yang mempunyai banyak dugaan samaada dari segi mencari keserasian pasangan ataupun kewangan. Tidak mudah untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina, lebih-lebih lagi apabila dugaan yang datang amat berat untuk diharungi. Apabila sudah tidak mampu menghadapi dugaan, jalan penyelesaian terakhir yang diambil hanyalah dengan talak. 

Semoga ini adalah pernikahan terakhir bagi mereka... Sihat sepanjang umur hingga tua bersama

Walaubagaimanapun, nampaknya Allah telah mengatur sebuah jalan hidup yang sangat indah bagi pasangan yang telah berumur ini. Melihat kepada perkongsian anaknya di applikasi TikTok, pada 16 tahun yang lalu mereka telah mengambil keputusan untuk berpisah dan telah berkhawin baru dengan pasangan yang lain. 

Sebahagia itu tengok mereka rujuk semula disaksikan anak cucu & keluarga 

Tiada siapa yang menjangka, jodoh dengan orang yang baru tidak kekal lama seperti yang diharapkan. Akhirnya, pada tarikh 10 oktober 2022, saudara mara dan keluarga mereka telah menjadi saksi cinta sejati mereka setelah mereka berdua mengambil keputusan untuk rujuk semula. Ndi Ahmad dan adik beradik yang lain berasa amat gembira kerana akhirnya mereka bukan lagi anak yang tergolong sebagai 'Anak Broken Home'. 


@ndisalonbarbershop

Ciee ciee CLBK.. alhamdulillah Rujuk.. yeey uda gk jd korban brokenhome.. wkwkwkwkwkw.. 😅

♬ Sang Dewi - Lyodra & Andi Rianto

Semoga mak ayah aku pun boleh bersatu semula... Cemburu sangat

Pahitnya menghadapi kehidupan sebagai anak kepada kedua ibu bapa yang berpisah, ramai netizen yang juga berharap agar mereka dapat menikmati kebahagiaan seperti itu suatu hari nanti. Video sebak itu telah berjaya meraih lebih 700 ribu tontonan sejak dikongsikan 3 hari lalu. 



Sumber: Erin Sakura

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!