MyKasih : Permohonan Bantuan Barang Makanan RM300

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan Prihatin Kasih, iaitu sebuah inisiatif cashless (Sistem MyKasih) yang menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan rumah.

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta ringgit melalui Bantuan Cashless yang diberikan kepada hampir 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

Penerima bantuan ini akan menerima elaun sebanyak RM100 selama 3 bulan. Elaun tersebut akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas harian mereka.

Apakah MyKasih Foundation?

Organisasi ini merupakan badan NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Yayasan MyKasih disokong penuh oleh Penderma Korporat serta individu, yang meyakini bahawa seratus peratus sumbangan mereka disalurkan kepada penerima yang disasarkan dengan cara yang selamat, cekap dan telus.

Bagaimanakah Ia Dilaksana?

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh Penderma, setiap keluarga akan memilih seorang penerima bantuan ini dalam kalangan ahli keluarga, dan butiran akaun MyKad mereka akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan akan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad mereka di kedai runcit yang terpilih dalam program ini.

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman


Cara Daftar

Penerima bantuan ini akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

Untuk mendaftar e-Kasih, sila rujuk laman web di pautan berikut: www.jkm.gov.my

Cara Semak

Semakan bantuan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:

1) Semakan Melalui SMS:

Anda akan menerima SMS yang memaklumkan bantuan anda telah diproses atau diluluskan.Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.

2) Semakan Atas Talian (Online)

Anda boleh membuat semakan kelayakan anda dengan mengikut langkah ini:

- Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Cara Menggunakan Sistem Bantuan MyKasih (Cashless)

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah dan gambar rajah di bawah:

Maklumat Lanjut Bantuan MyKasih

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi;
- Talian Hotline MyKasih 03-77201800
- info@mykasih.com

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!