MUA Bella Sebak Kerana Serupa Dengan Wajah Bayinya, Anak Syurga Dipinjam Hanya 7 Hari

0

Pemergian secara tiba-tiba sangat memberi kesan yang mendalam, terutama sekali apabila melibatkan bayi yang telah dikandung selama 9 bulan dan hanya sempat merasa kasih sayang selama 7 hari sahaja. Sama seperti dugaan pasangan muda ini, dimana mereka belum puas memeluk puteri sulung mereka. Namun, Allah S.W.T lebih menyayangi anak syurga tersebut. 

Pemergianmu memberi kesan yang amat mendalam di hati... Arianna kena infection daripada tali pusat

Melihat kepada perkongsian di applikasi TikTok, wanita yang dikenali sebagai Anis ini mengakui bahawa kehilangan bayi mereka iaitu Arianna Safiyya telah memberi kesan yang sangat mendalam di hatinya. Dalam masa yang sama, suaminya pula mendedahkan asbabnya adalah kerana jangkitan kuman di bahagian tali pusat. Namun begitu, punca sebenar kematian belum dikenal pasti. 


Salam takziah sis... Muka macam Aisywara kami 

Raut wajah anak syurga itu turut menjadi perhatian ikon tutorial solekan di media sosial iaitu MUA Bellaz di applikasi TikToknya. Menurut Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini, wajah anak syurga itu persis dengan wajah bayi bongsunya iaitu Aisywara Nealofa. 
@ketnisshah_ Sakit paling pedih kehilangan orang yang kite sayang. Pemergian mu yang ckup memberi kesan yang amat mendalam di hati mommy 😢💔 #anaksyurga #firstbaby ♬ bunyi asal - Ola

Cantik sangat Arinna, tengok mata baby tenang je... Semoga mommy terus kuat & jaga kesihatan diri

Melihat keruangan komen, ramai netizen yang bersimpati atas pemergian bayi yang berusia baru seminggu itu. Walaupun diduga dengan ujian yang sangat hebat, namun mereka percaya ada hikmah yang menanti buat ibu bapanya kelak. Secara keseluruhannya, klip video yang berdurasi 40 saat itu telah mendapat tontonan lebih 250 ribu jumlah tontonan setakat ini. 


Sumber: Kisah Dunia

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!