KPM Beri Cuti Tambahan Dua Hari Sempena Sambutan Deepavali, Ikut Kategori

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

KPM Beri Cuti Tambahan Dua Hari Sempena Sambutan Deepavali, Ikut Kategori

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperuntukkan cuti tambahan selama dua hari kepada sekolah-sekolah di Malaysia mengikut kategori kumpulan iaitu Kategori A dan Kategori B. Cuti tambahan ini bersempena cuti perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 24 Oktober ini,

Dalam Kalendar Akademik Tahun 2022/2023 yang dikeluarkan oleh pihak KPM, terdapat dua kategori bagi negeri-negeri di Malaysia.

Bagi kategori A, terdiri daripada sekolah yang berada di beberapa negeri-negeri yang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu seperti Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Manakala kategori Kumpulan B pula ialah sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Berikut merupakan tangkap layar daripada takwim tersebut:

Pada hari Deepavali (24 Oktober 2022), semua negeri di Malaysia. Bagi Kategori A, dua cuti tambahan diberikan pada tarikh 23 Oktober 2022 (Ahad) dan 25 Oktober 2022 (Selasa).

Berbeza pula dengan Kategori B, tarikh cuti tambahan jatuh pada 25 Oktober 2022 (Selasa) dan 26 Oktober 2022 (Rabu). Namun begitu, Sarawak terkecuali daripada mendapat dua cuti tambahan ini. Bagi Sarawak, hanya satu hari cuti yang diperuntukkan bersempena sambutan hari Deepavali iaitu 24 Oktober 2022 (Isnin).

Namun, ibu bapa diingatkan semula untuk merujuk kepada pentadbiran sekolah atau menunggu surat rasmi daripada sekolah anak-anak anda, untuk memastikan tidak berlakunya salah faham dan membantu anda untuk merancang perjalanan pulang ke kampung halaman dengan lebih teratur.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia