" Kalau Mula Berenang Sejak Bayi, Prestasi Lebih Baik Dalam Matematik & Sains". Elfira Teruja Anak Masuk Kelas Renang

0

Pelakon terkenal, Elfira Loy mengakui sedikit gugup untuk membawa dua anak kecilnya menyertai kelas renang buat pertama kali.

Pada mulanya, anak sulung Elfira agak takut namun akhirnya Rayyan menikmati kelas renang dengan gembira dan teruja.

"I was nervous at first, takutlah tetiba nak
cranky ke , tetiba abang nak " im so scared
mommy, im so scared " but Alhamdulillah, all is good! ia sangat menyeronokkan. Tak sabar untuk ke kelas seterusnya. Ini kelas renang pertama mereka"

Ibu kepada dua cahaya mata yang comel ini turut berkongsi kebaikan anak-anak menyertai kelas renang sejak usia bayi kepada perkembangan mereka.

"Untuk pengetahuan, guru ada memberitahu El bahawa kajian yang dilakukan ke atas beberapa ribu kanak-kanak berumur 4 tahun telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mula berenang pada peringkat awal seperti Aria merekodkan prestasi yang lebih baik dalam Matematik dan Sains."

"Sayang sangat time Rayyan pkp so cannot send, so it will take a while toddler to gain confidence in water."

"Tapi saya tahu, anak saya seorang juara. Next month boleh join ironman dah"

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor turut berkongsi sebelum ini, adalah penting untuk menghantar anak-anak untuk berenang dari usia yang sangat muda.

Antara 10 Kebaikan Berenang Untuk Anak-Anak Adalah:

- la mengembangkan paru-paru dan
mencegah lelah.
- la menjadikan mereka tinggi dan kurus.
- la adalah sukan tanpa kecederaan.
- Mereka mungkin menyelamatkan nyawa
suatu hari nanti.
- Senaman jumlah badan.
- Memperbaiki tidur.
- Kurangkan stres dan berehat.
- Mereka menjadi orang dewasa yang aktif.
- Mereka menjadi lebih yakin.
- Berenang boleh menjadikan anak anda lebih bijak dengan meningkatkan bahasa dan perkembangan fizikal serta kemahiran motor halus.

Banyak juga kebaikan berenang ni kan? Aktiviti fizikal seperti berenang memang bagus dimulakan pada usia yang muda. Nanti dah dewasa mereka akan lebih berwaspada dengan kepentingan bersenam.

Tambahan pula, mereka akan mengetahui serba sedikit tentang kemahiran hidup seperti yang dikatakan oleh Dr Sheikh Muszaphar.

Kredit: Elfira Loy
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!