Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bagi Siswa B40 yang sudah membuat
permohonan Tablet PerantiSiswa, pastinya ingin mengetahui status semakan permohonan Perantisiswa masing-masing.
Ramai yang bertanya, bagaimana nak tahu
permohonan yang kita buat tu lulus atau tidak?
Ikuti perkongsian mengenai semakan status permohonan tablet PerantiSiswa bagi mengetahui maklumat lanjut PerantiSiswa.
Permohonan Perantisiswa
Untuk makluman, permohonan PerantiSiswa dibuka kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
Untuk fasa 2, Kerajaan memperluas Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada empat lagi kategori penerima.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perluasan baru itu membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Selain itu, katanya ia turut diperluaskan kepada pelajar semester satu dan dua sekolah menengah atau pelajar Tingkatan Enam serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.
Apa itu PerantiSiswa Keluarga Malaysia?
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
Semakan Status Permohonan PerantiSiswa
Sukacitanya, Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan bahawa keputusan permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh disemak.
Sekiranya diluluskan, pemohon akan menerima status "LULUS" bagi permohonan tersebut sebagaimana di bawah;
Semak Sini :
Bila Akan Dapat Perantisiswa?
Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataannya di Facebook memaklumkan inisiatif Perantisiswa Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (1PTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih, bermula 3 September.
Buat permulaan, tablet ini akan mula diagihkan di Zon Tengah dahulu diikuti lain-lain zon seperti Zon Timur, Zon Utara, Zon Selatan dan Sabah serta Sarawak.
Berikut pula adalah gambar-gambar mengenai Tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang akan diperolehi.
Adakah PerantiSiswa Perlu Dipulangkan
Semula?
Dalam pengumuman terkini Perdana Menteri, Kerajaan setuju beri terus peranti kepada semua penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia, sebagai dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh.
Proses kelulusan adalah secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Berita Baik! PerantiSiswa 2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan dalam kategori B40 untuk mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran.
· Spesifikasi Tablet Yang Dibekalkan
· Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800.
· Android OS 10 dan ke atas.
· 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia).
· Minimum RAM 4GB.
· Minimum storan 64GB.
· Slot SD Micro sehingga 256GB.
· Kamera hadapan minimum 2MP.
· Kamera belakang minimum 5MP.
· Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset.
· Bluetooth 4.1 dan ke atas.
· WiFi 2.4GHz & 5Ghz.
· Bateri minimum 4500 mAh.
· Pengecas USB disertakan.
· Papan kekunci bluetooth disertakan.
· Pen stylus disertakan.
Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Perantisiswa?
Berdasarkan pengumuman kerajaan untuk fasa 2, pelajar matrikulasi layak memohon
Perantisiswa. Ini kerana, Kerajaan memperluas Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada empat lagi kategori penerima membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Selain itu, ia turut diperluaskan kepada pelajar semester satu dan dua sekolah menengah atau pelajar Tingkatan Enam serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.
Info dan Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan
berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau
melalui talian berikut:
03-8911 5351
03-8911 5258
03-8911 5265
03-8911 5188
Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad
Soalan Lazim
Apakah Inisiatif Perantisiswa Keluarga
Malaysia?
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia
merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para
mahasiswa terus terpelihara.
Bagaimana Ingin Membuat Semakan Status Perantisiswa?
Semakan boleh dibuat melalui portal
Perantisiswa
Bilakah PerantiSiswa Mula Diberikan Kepada Mahasiswa?
Fasa 1 Mulai 3 September 2022
Fasa 2 Oktober/ November
Adakah mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 layak memohon?
Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.
Adakah Mahasiswa separuh masa layak
memohon PerantiSiswa?
Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
Terima kasih