Gempa Bumi Lemah Landa Kunak Malam Tadi


KOTA KINABALU : Kejadian gempa bumi berukuran 3.2 pada skala richter berlaku di Kunak, Sabah, pada 11.10 malam tadi.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan, berkata gegaran lemah itu berlaku di 13km barat daya Kunak dengan kejadian gempa pada kedalaman 10km.

“Gegaran dirasai di Kunak, Sabah. Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam kenyataan ringkas di Facebook.

Jabatan itu juga menyediakan pautan borang soal selidik berhubung kejadian gempa itu.

Sumber : SabahPost