Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri mahupun Persekutuan.
Antaranya melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 ahli bagi tujuan membina rumah atau membeli rumah. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai pengeluaran ini:
Syarat Pengeluaran untuk Membina Rumah
- Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara;
- Umur bawah 55 :
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
- Ahli/rakan kongsi membeli tanah dan membina rumah di atas tanah tersebut;
- Pinjaman yang diluluskan daripada pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri;
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan hak milik;
- Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima.
Syarat Pengeluaran bagi Membeli Rumah
- Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara;
- Umur bawah 55 tahun:
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2;
- Membeli rumah kediaman :
- Pinjaman yang diluluskan daripada pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri;
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi menjualnya/membuang hak milik.
Cara Memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan pengeluaran ini boleh dibuat secara online melalui e-pengeluaran di portal i-Akaun KWSP.
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual melalui kaunter cawangan KWSP di seluruh negara dengan membawa dokumen sokongan yang ditetapkan.
Maklumat lengkap mengenai pengeluaran ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.
Terima kasih