BKM FASA 4 | Kemaskini Maklumat Asas BKM Anda Sebelum 30 Oktober Ini

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Bulan lalu, pelaksanaan bagi fasa ketiga telah selesai dilaksanakan. Kini, fasa terakhir iaitu keempat akan dilaksanakan pada Disember nanti.

Namun, ingin diingatkan kepada anda sekali lagi, sekiranya terdapat perubahan maklumat BKM yang ingin anda lakukan, lebih baik lakukan sekarang! Ini kerana, tempoh untuk mengemaskini maklumat BKM akan berakhir 30 Oktober ini.

TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Pihak LHDN telah memaklumkan, penerima yang ingin membuat pengemaskinian ianya boleh dilakukan dalam tempoh berikut :

- 10 Oktober - 30 Oktober 2022

KEMASKINI MAKLUMAT YANG DIBENARKAN

Pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bagi membenarkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhada seperti berikut :

- No Telefon Rumah
- No Telefon Bimbit
- Alamat E-mel
- Maklumat Wakil
- Maklumat akaun bank pemohon
- Wakil yang layak didaftarkan terhad kepada Pasangan / 
- Anak yang wujud pada Bahagian B / C Borang Permohonan BKM 2022 sahaja.

KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Kemas kini maklumat dan nama akaun bank hanya dibenarkan bagi maklumat akaun bank pemohon sahaja sekiranya status bayaran BKM 2022 adalah :

- GAGAL KREDIT
- TUNAI

Nota : Maklumat akaun bank yang dikemas kini akan diguna untuk fasa pembayaran seterusnya.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut : 

- Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bkm.hasil.gov.my

- Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit  (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran. Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!