Bila bercakap tentang pasangan hidup, tiada siapa yang mampu menduga kerana semuanya adalah rahsia Allah S.W.T. Namun, tanpa disangka wanita yang berusia 25 tahun ini menemui jodohnya dengan jiran sebelah rumah juga merangkap rakan sekelasnya ketika di tingkatan 3. Kisah istimewa pasangan ini menjadi viral selepas detik bahagia itu dikongsikan oleh jurugambar majlis mereka.
Disebabkan anak tungga, pengantin tak nak khawin dengan orang jauh... Kenal pun lepas kakak suami jadi orang tengah
Sepanjang menetap di Kampung Pagan, Kuala Nerang sebagai anak tunggal dalam keluarga, Nur Amirul Aina berazam tidak ingin berjodoh dengan orang yang jauh. Walaupun begitu, dia mula berkenal rapat dengan suaminya, Muhammad Amirul Hakim setelah kakaknya menjadi orang tengah pada februari lalu. Sejak perkenalan itu, mereka berdua bersetuju untuk mendirikan rumah tangga bersama.
Mereka pernah sekelas di Tingkatan 3…tapi mereka tak bercinta atau jalin sebarang hubungan pada masa itu
Walaupun berjiran, tetapi keduanya tidaklah berkawan sejak kecil. Menurut jurugambar perkahwinan mereka, pada asalnya Muhammad Amirulhakim dibesarkan di Pulau Pinang. Namun dia berpindah semula ke kampung tersebut dan pernah sekelas dengan Aina ketika Tingkatan 3. Bagaimanapun, pada waktu itu mereka tidak mempunyai sebarang hubungan apatah lagi bercinta.
Tidak hanya berjodohan dengan jiran sebelah rumah, gerangan nama pasangan mempelai juga seakan-akan sama. Tidak itu sahaja, tarikh lahir mereka kebetulan tidak jauh beza iaitu hanya selang seminggu saja. Secara keseluruhannya, klip video berdurasi 29 saat berkenaan meraih lebih 30 ribu jumlah tontonan setakat ini.
@sykirahz Jodoh jiran sebelah rumah weh🤣 Nama sama, tarikh lahir pun beza seminggu ja. Bagi #viral pasangan pengantin ni❤️ #fyp #fypmalaysia #photographerwanita #jodohpastibertemu #pelaminkedah #pengantintiktok #pengantinviral ♬ Selamat Pengantin Baru (Alhamdulillah) (Instrumental) - Instrumental
Sumber: Erin Sakura
Terima kasih