Bercuti atas kapal persiaran, Intan Ladyana cantik berhijab


Pelakon wanita terkenal, Intan Ladyana sejak  berumah tangga dan mempunyai cahaya mata jarang terlihat di kaca televisyen.

Bercuti dengan keluarga

Namun begitu, dia dan suami, Hariss Alif tetap aktif di media sosial dan berkongsi keseharian mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.

Terbaru, Hariss telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang, Evie Khadeeja di Instagram miliknya.

Manis berhijab

Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab bersama suami dan anak di atas kapal persiaran.

Cantiknya Intan bertudung

Perkongsian yang dibuat oleh Hariss telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata begitu gembira dengan penampilan Intan.

Mereka juga mendoakan agar pelakon terbabit terus mengenakan hijab dan berharap agar dia istiqamah dengan penampilan tersebut.

Sumber : OhMyMedia, Instagram Hariss Alif