Bantuan Subsidi Yuran Taska RM100 Asuh Pintar 2022

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI TASKA ASUH PINTAR SESI 2022 TELAH DIBUKA

YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM 100.00 bagi yang layak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan subsidi ini, syarat kelayakan serta cara untuk membuat permohonan.

Apakah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar 2022?

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan.

Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Untuk makluman, ASUH PINTAR (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan permohonan adalah :
- Warganegara Malaysia. 
- Lahir serta menetap di Selangor atau tidak dilahirkan di Selangor tetapi menetap sekurang-kurangnya lima tahun. 
- Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah
- Suami dan isteri bekerja. 
- Anak berumur empat tahun ke bawah. 
- Terhad kepada dua anak sahaja. 
- Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 
- *Untuk melihat senarai taska yang berdaftar atau bagi yang baru hendak mendaftar taska sila klik https://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php 
- Ibu dan bapa pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Tarikh Tutup Permohonan Asuh Pintar 2022

Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2022 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2022.

Cara Permohonan Bantuan Subsidi Taska Asuh Pintar 2022

Permohonan kali pertama boleh klik https://asuhpintarv2.yawas.my/web/semakan.php?kp=  untuk membuat permohonan online

CARA PENDAFTARAN ANAK ASUHAN SKIM ASUH PINTAR 

Bagi permohonan anak asuhan tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian(online) dan dokumen sokongan lengkap WAJIB disertakan adalah seperti berikut;

1) Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem. 
2) Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon. 
3) Salinan MyKad Ibu. 
4) Salinan MyKad Bapa. 
5) Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah). 
6) Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
7) Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
8) Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

*Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut: 

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800

*Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.
Ibu bapa yang ingin membuat semakan status permohonan Asuh Pintar boleh klik https://asuhpintarv2.yawas.my/web/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut sila layari https://asuhpintar.yawas.my atau hubungi talian 03-54818800
Alamat
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

Hotline
03 5481 8800

Email
pertanyaan.yawas@gmail.com

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!