Bantuan RM1,200 Setiap Bulan Untuk Golongan Belia Berumur 18 – 30 Tahun Dikreditkan Hari Ini

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan Kewangan Untuk Belia. Tahukah anda? terdapat satu berita baik buat semua golongan belia kerana dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 yang lepas, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan belia RM1,200 untuk mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun yang mana bantuan tersebut masih lagi dibuka sehingga tahun 2022.

Untuk makluman, bermula pada 1 Januari 2021 setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,200 menerusi Program Perantisan.

Sehubungan dengan itu, insentif ini memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja bagi meningkatkan mutu kemahiran melalui on-the-job-training.

Tujuan Bantuan Kewangan Belia RM1,200

Objektif insentif & bantuan ini adalah untuk memberikan peluang kepada penganggur/belia yang tidak mempunyai kerja tetap. Juga untuk membantu belia tambah pengalaman dalam pekerjaan serta tingkatkan mutu kemahiran bekerja melalui on-the-job-training.

Maklumat Bantuan Kewangan Belia RM1,200

Antara insentif / bantuan yang akan diterima oleh perantis / majikan dalam program ini adalah:

- Bayaran Bantuan Kewangan Belia RM1,200 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.

- Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.

- Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.

- Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.

- Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/insentif.

Syarat Kelayakan Bantuan

Dalam program Penjana Kerjaya ini, mereka yang ingin memohon perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:

- Merupakan Warganegara Malaysia. 

- Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun. 

- Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.

- Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

Maklumat Tambahan

Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.

Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.

Cara Memohon Bantuan Kewangan Untuk Belia

Untuk membuat permohonan ini, pihak majikan perlu memohon Penjana Kerjaya secara atas talian (online) melalui portal rasmi PERKESO di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk di bawah: