Bantuan RM 100 One Off – Mohon Sini

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan RM 100 One Off – Mohon Sini. Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober lalu.

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Bajet 2023 adalah apabila Kerajaan bersetuju meneruskan memperkenalkan inisiatif e-Pemula M40 sebanyak RM100 secara ‘one-off’.

Seperti mana yang ditetapkan oleh Kerajaan berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, penetapan pendapatan golongan M40 adalah dari RM4,851 sehingga RM10,970.

Berkenaan dengan e-Pemula pula, ia pada asasnya merupakan bantuan e-Tunai yang diperkenalkan bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

E-Pemula boleh ditebus melalui penyedia-penyedia perkhidmatan e-tunai terlibat seperti: BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. Penebus bagaimanapun hanya boleh dibuat di sebuah penyedia perkhidmatan e-tunai sahaja.

Tarikh pelaksanaan e-Pemula M40 ini pada tahun hadapan selaras dengan pelaksanaan Bajet 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi dan tepat penebus belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan, serta akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan-bantuan lain di bawah Bajet 2023 boleh dilihat di Portal Rasmi Bajet 2023 –DI SINI.