Bantuan Lesen Memandu BLKM Bagi Tahun 2022 | Semak Syarat Kelayakan Di Sini

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Untuk memastikan tiada yang tercicir untuk memiliki lesen membawa kenderaan di jalan raya dek kerana tidak berkemampuan, kerajaan keluar dengan satu skim program untuk membantu anda yang berkelayakan menerimanya pada kos yang hampir kepada free atau percuma.

Ini kerana berdasar rekod masih ramai lagi yang tidak memiliki lesen.

Ada pelbagai sebab dan punca, antara alasan yang paling popular ialah tidak berkemampuan dengan kos yang boleh dikatakan agak mahal untuk sesetengah golongan. 

Semakan BLKM 2022

Samada anda layak atau tidak untuk menerima blkm semakan bantuan lesen keluarga malaysia 2022 boleh check melalui link pautan ini di portal rasmi, e-Kasih.

Jika nama anda sudah berjaya berada dalam sistem Portal Pembasmian Kemiskinan Ekasih, automatik anda anda diterima untuk memiliki bantuan ini jika anda juga melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui skim program ini.

Semak Syarat

- Pastikan anda merupakan rakyat Malaysia yang sah. 
- Anda sama sekali belum pernah ambil lesen sebelum ini. 
- Mental anda berada dalam keadaan terbaik selain sihat tubuh badan anda. 
- Tidak ada cacat anggota. 
- Nama anda tidak pernah dikenakan tindakan senarai hitam dan blacklist oleh Polis Diraja Malaysia PDRM dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.

Berapa Kena Bayar?

Di sinilah tujuan sebenarnya bantuan ini diperkenalkan. Dengan harapan lebih ramai yang dapat ambil lesen pada kos harga yang sangat minimal termasuk menjalani kursus dan latihan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.

Berbanding kos asal sekitar RM750 anda pelru bayar. Tetapi dengan bantuan ini, anda hanya perlu bayar hanya serendah RM250 sahaja. Banyak jimat bukan?

Soalan Lazim & FAQ

1) Bantuan lesen B40 ditawarkan untuk kelas apa? 
Kelas B2
2) Berapa yang kena bayar?
Hanya RM250 sahaja
3) Umur yang dibenarkan untuk dapat bantuan ini?
Pastikan umur anda 16 tahun dan ke atas
Diharapan dengan inisiatif terbaru ini, dapat melonjakkan jumlah pemilikan lesen di Malaysia sekaligus menjadi pengguna jalan raya yang sah.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!