Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebentar tadi membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.
Menerusi pembentangan tersebut, beliau mengumumkan pengecualian cukai untuk wanita, iaitu ke atas pendapatan taksiran 2023 sehingga 2028.
Ia bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’.
Selain pengumuman tersebut, beliau turut mengumumkan bahawa cukai pendapatan diturunkan sebanyak 2 peratus mengikut Banjaran Pendapatan masing-masing.
Bagin Banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000, mereka akan menikmati pengurangan cukai pendapatan daripada 13% ke 11%. Manakala bagi Banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000 pula, mereka akan menikmati penurunan daripada 21% ke 19%.
Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan keseluruhan RM 372.3 bilion untuk Bajet 2023, berbanding RM 332.1 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2022.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM 272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM 95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, RM 5 bilion dibawah Kumpulan Wang Covid-19 serta RM 2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka.
Terima kasih