BAJET 2023 | BKM Bujang Dapat RM 350, Bergantung Had Pendapatan

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Menerusi pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz berkata warga emas tiada pasangan dan bujang akan menerima bantuan BKM masing-masing RM600 dan RM350.

Walau bagaimanapun, bantuan tersebut bergantung kepada had pendapatan bulanan yang diperoleh oleh semua penerima bantuan tersebut.

Selain itu, untuk kategori lain, bagi isi rumah berpendapatan dibawah RM 2,500 dengan lima anak atau lebih, mereka bakal menerima BKM berjumlah RM 2,500.

Manakala bagi mereka yang mempunyai sehingga empat anak pula, isi rumah ini akan menerima BKM berjumlah RM 1,000 sehingga RM 2,500.

Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan keseluruhan RM 372.3 bilion untuk Bajet 2023, berbanding RM 332.1 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2022.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM 272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM 95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, RM 5 bilion dibawah Kumpulan Wang Covid-19 serta RM 2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka.

Sumber : Menteri Kewangan