BAJET 2023: Bantuan One Off RM 500 Untuk Ibu Isi Rumah Penerima BKM Lahir Anak Pada 2023

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebentar tadi membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.

Menerusi pembentangan tersebut, beliau mengumumkan inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia iaitu Bantuan tunai one-off sebanyak RM 500, kepada ibu isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023.

Selain bantuan one-off tersebut, beliau turut mengumumkan jumlah bantuan BKM yang bakal diterima rakyat Malaysia tahun hadapan.

Bagi isi rumah berpendapatan dibawah RM 2,500 dengan lima anak atau lebih, mereka bakal menerima BKM berjumlah RM 2,500.

Manakala bagi mereka yang mempunyai sehingga empat anak pula, isi rumah ini akan menerima BKM berjumlah RM 1,000 sehingga RM 2,500.

Seterusny, bagi warga emas tiada pasangan dan bujang akan menerima bantuan BKM masing-masing RM600 dan RM350.

Walau bagaimanapun, bantuan tersebut bergantung kepada had pendapatan bulanan yang diperoleh oleh semua penerima bantuan tersebut.

Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan keseluruhan RM 372.3 bilion untuk Bajet 2023, berbanding RM 332.1 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2022.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM 272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM 95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, RM 5 bilion dibawah Kumpulan Wang Covid-19 serta RM 2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka.