ASNB umum dividen terkini untuk tahun 2022: Ini cara buat semakan agihan & pengeluaran

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22 Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB.

ASNB dalam satu kenyataan baru-baru ini telah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022 sebanyak 3.75 sen seunit untuk dana harga tetapnya.

ASM 3 turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM573.66 juta, yang akan memanfaatkan 551,685 pemegang unitnya.

Menurut kenyataan sama, secara keseluruhannya, ASM 3 telah merekodkan pendapatan kasar berjumlah RM757.81 juta dan RM575.87 juta pendapatan bersih direalisasi di sebalik kebimbangan kemelesetan dan gangguan rantaian bekalan global yang menjejaskan prestasi pasaran global.

“Pengagihan pendapatan ASM 3 adalah bersamaan dengan jumlah pulangan sebanyak 3.75%, mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada 2.02% iaitu sebanyak 173 mata asas bagi tahun kewangan setakat 22 September 2022.” – Petikan dari kenyataan ASNB.

Untuk makluman, pengiraan dividen bagi ASM 3 adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut.

Pengagihan yang diumumkan ini akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2022.

Bagi urusan semakan, urus niaga dan pengeluaran – ia boleh dibuat secara atas talian portal myASNB atau melalui aplikasi mudah alih myASNB bermula pada 1 Oktober 2022, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Oktober 2022.

Sumber: ASNB