Pokok kunyit memang seeloknya ditanam di rumah. Daun dan isi atau ubi kunyit memang banyak kegunaan terutama dalam masakan.
Isi kunyit terutamanya boleh kata setiap hari digunakan di dapur terutama kalau suka menggulai. Seronok kalau dapat isi kunyit yang segar dan banyak isi.
Jika menanam kunyit di sekitar rumah untuk isinya, tip pembajaan yang dikongsi oleh usahawan tani Azuan Abdullah elok dipraktikkan. Ia berguna untuk dapat isi kunyit yang banyak dan berisi.
1. Ini pokok kunyit kampung. Kita panggil kunyit kampung sebab isi @ rizomnya kecil. Usianya 3 bulan lepas tanam.
2. Sebelum membaja, cabut dulu rumput-rumput yang ada ya. Baru la sedap mata memandang dan baja nanti akan dapat kat pokok kunyit nanti.
3. Ini baja yang AA guna, baja sebatian NPK 12.12.17. Nama glamour orang panggil baja buah.
4. Tabur di keliling perdu pokok kunyit. Jangan tabur terlalu rapat dengan perdu ya. Tabur secara berselerak. Kuantitinya 50 gram untuk 1 perdu.
5. Gemburkan tanah supaya baja yang kita tabur tadi bergaul dengan tanah dan tak terkena sinaran matahari. Tujuannya supaya power baja tak hilang.
6. Ini baja kompos tinja ayam yang AA buat sendiri.
7. Tabur baja kompos di seluruh permukaan tanah. Kuantitinya 1 kg 1 perdu.
8. Lepas tu siram secukupnya. Jika ada elok siram dengan EM. Jika tak ada, memadai siram dengan air biasa je.
9. Ini keadaan pokok selepas 1 minggu membaja. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Sejuk je mata memandang.
Hasil kunyit sebelum ini.
Terima kasih