Dalam rumah kadang kala ada salah satu pintu bilik yang asyik terkunci dari dalam. Walhal kita tiada niat pun nak kunci.
Sudahnya terpaksa cari kunci untuk buka. Lagi kelam kabut kalau anak kunci pulak hilang. Mahu tak mahu pintu terpaksalah tombol diumpil.
Antara penyebabnya adalah setting pada tombol pintu berubah. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu 'tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada
tombol ada 2 settings:
1. Keadaan yang sentiasa kunci dan
2. Keadaan normal
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja
menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.
Sumber: Rusyaidi Husni Abdul Latib
Terima kasih