Hasil Suka Duka Perjalanan RichWorks 2021

Sudah lama kita saksikan 2021, akhirnya masuk 2022. Segala apa yang berlaku kita jadikan sebagai pengajaran. Biarpun perkara yang menyayat hati seperti kematian orang yang kita kenal, perniagaan terjejas kerana pkp dan pandemik, banjir yang melanda umpamanya.

Kita tutup buku lama dan buka buku baru. Tiada gunanya mengeluh! Bukan kita sahaja, apa yang terjadi pada tahun 2021 juga memberi kesan kepada Pengasas RichWorks International dimana Perjalanan RichWorks 2021 sampai kemuncaknya apabila dikejutkan dengan kisah duka ini.
Perjalanan RichWorks 2021 Penuh Suka Duka
Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya telah dijangkiti COVID-19. Ia adalah perkara yang mengejutkan tetapi tidak mematahkan semangat mereka semua.
Lebih menyayat hati apabila Ibu mertua Dr Azizan telah meninggal dunia dan Dr Azizan Osman sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan sekiranya mesin mesin bantuan pernafasan tidak membantu.

Namun Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, ini merupakan peluang kedua diberikan Allah SWT. Peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk memberi lebih manfaat lagi buat para usahawan di Malaysia.
Beliau komited untuk berkongsi ilmu, membimbing dan memberi kekuatan untuk meneruskan perniagaan dengan lebih berjaya lagi kepada usahawan di luar sana. Tidak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma.

Program tersebut telah dihadiri ribuan orang. Tanpa disedari, Richworks bantu rakyat dengan sejumlah 650,000 orang telah menghadiri program dan mula bangkit berniaga. Alhamdulillah.
Program Percuma Bantu Usahawan - Perjalanan RichWorks 2021
Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks prihatin untuk membantu usahawan dalam perniagaan. Kita tahu PKP dan pandemik banyak memberi kesan kepada peniaga kecil terutamanya.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa Dr Azizan Osman berikan untuk memberi tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai terutamanya dalam soal keusahawanan. RichWorks bantu rakyat dari segi ekonomi negara dengan menyediakan usahawan yang berkualiti dan berjaya.
Secara keseluruhan pada tahun 2021, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks International Sdn Bhd.

Antara program hebat pada tahun 2021 adalah Wanita Bangkit Berniaga (WBB). Ia telah mendapat pengiktirafan kerajaan apabila ia telah disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program RichWorks bantu rakyat ini memberi impak yang cukup besar buat semua masyarakat.
Program Sumbangan RichWell - Perjalanan RichWorks 2021
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memaklumkan mereka mempunyai Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) untuk membantu dan memberi semula kepada masyarakat yang terkesan.

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM 501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.”

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya lagi.
Menurut Tuan Radz juga, RichWorks prihatin bersama ahli Titanium dan Spire yang merupakan usahawan didiknya telah menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban pada tahun 2021.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga berbesar hati telah berkongsi rezeki menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. Richworks prihatin dengan apa yang boleh mereka lakukan.
Dalam masa ini juga, RichWorks International yang merupakan syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi. Richworks prihatin untuk bantu usahawan tumbuh bergerak dengan lebih maju lagi untuk sama-sama bantu orang lain juga.
Usahawan RichWorks Berjaya Capai Jutaan Jualan
Pada tahun 2021, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks yang terkumpul adalah 1,855 orang iaitu kumpulan Titanium, Spire dan EliteX dengan hasil jualan terkumpul RM3.7 bilion.
Jika diasingkan, bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Bagi peserta program bimbingan Spire yang khasnya untuk membantu usahawan capai jualan 1 juta setahun pula, seramai 72 usahawan berjaya mencapainya. Sangat menakjubkan sungguh!
Usahawan RichWorks yang berjaya mencapai jumlah jutaan keseluruhannya adalah 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.
Rezeki tak salah alamat, tapi kita kena ada di alamat itu. Itulah pesanan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Maksudnya usaha kita sangat penting walaupun kita sudah berguru dan dibimbing, kita jugalah yang bawa diri kita berjaya! Datuk Wira seorang mentor bisnes yang sangat proven sukses lahirkan ramai jutawan Malaysia.
Bukti Perjalanan RichWorks 2021
Saya sertakan video perjalanan RichWorks untuk tahun 2021 yang penuh dengan suka duka. Namun akhirnya memberikan hasil yang cukup menggembirakan. Inilah kisah sebenar perjalanan RichWorks 2021 wajib anda tonton.
Berimpian itu mudah, tetapi merealisasikannya memerlukan sedikit pengorbanan. Semuanya tergantung atas usaha kita, RichWorks (richworks.com) bimbing usahawan dan ilmu itu adalah rezeki yang Allah berikan. Kita gunakan sebaiknya. Semoga dipermudahkan urusan kita semua dan diberkati oleh Allah SWT. Aamiin.