Dulu Viral Selongkar Sampah Bawa Anak, Ibu Tertekan Hidup Khayal Ambil Pil Kuda


Sebelum ini pernah viral di Tiktok, rakaman seorang wanita sedang menyelongkar tong sampah untuk mencari apa saja yang boleh dikitar semula bagi menyara hidup. Lebih menyayat hati, ibu tersebut turut membawa 3 orang anaknya bersama-sama dengan menaiki motosikal. 


Dalam video tersebut, wanita itu juga dilihat menangis tatkala merima sedikit wang dari seorang individu prihatin.


Pernah viral kutip sampah…Ibu 4 anak ditahan tengah khayal ambil pil kuda

Menerusi portal Harian Metro hari ini, wanita berusia 36 tahun itu telah pun ditahan oleh pihak AADK pada 8.30 pagi di rumah bersama adik lelakinya. Ketika serbuan, ibu kepada 4 orang cahaya mata itu dalam keadaan khayal selepas mengambil sejenis bahan terlarang dipercayai pil kuda. Malah, dia turut kelihatan tidak senang duduk dan mendakwa mengalami ‘bengkak susu’ kerana tidak dapat menyusukan anak bongsunya yang berumur setahun empat bulan selepas dicekup.

Akui hidup tertekan lepas ditinggalkan suami jadi punca…Hasil jual besi buruk buat beli pil kuda

Ibu berkenaan mengakui dirinya tertekan akibat berdepan dengan pelbagai masalah hidup selepas ditinggalkan suami 2 tahun lalu menjadi punca utama bergelumang dengan ‘najis’ itu. Wanita tersebut juga menjelaskan pernah berhenti mengambil pil kuda sewaktu mengandungkan anak bongsunya, namun kembali menagih gara-gara stress. Hasil daripada jualan besi buruk yang diperoleh sewaktu menyelongkar tong sampah digunakannya untuk membeli bahan terlarang berkenaan.

Sumber : HMetro / Kisah Dunia