Pusat Kuarantin Di Semporna Terima Sambungan Internet Selaju 800Mbps

0
Pusat Kuarantin Di Semporna Terima Sambungan Internet Selaju 800Mbps
-sumber gmbar dari telecom malaysia-

Meneruskan tanggungjawab mereka sebagai penyedia utama rangkaian internet berkelajuan tinggi di Malaysia, TM memaklumkan mereka telah memasang sambungan internet berkelajuan 800Mbps di pusat kuarantin dan PPR Bubul Ria, Semporna Sabah bulan lalu.

Ia sebagai sumbangan TM dalam membantu para barisan hadapan supaya urusan kehidupan dan kerja mereka menjadi lebih mudah dan juga untuk mereka yang sedang menjalani proses kuarantin di sana.

Seperti semua sedia tahu, Sabah adalah negeri yang terjejas paling teruk menghadapi gelombang ketiga penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Selain di pusat kuarantin itu, TM juga turut menyediakan sambungan rangkaian internet berkelajuan 100Mbps untuk memastikan jaringan telekomunikasi tersedia di Hospital Medan ATM di daerah Tawau, Sabah.

Kecekapan pasukan teknikal TM dalam proses pemasangan rangkaian internet itu  terbukti apabila ia telah berjaya disiapkan dalam masa hanya dua hari sahaja.

Malah mereka juga turut membantu dari segi persiapan untuk sesi sidang video bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersempena dengan majlis perasmian hospital tersebut.

Hospital Medan ATM ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 20 Oktober 2020 yang lalu dan telah menerima pesakit bagi menyokong Hospital Tawau untuk merawat kes-kes bukan COVID-19.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!